Redmi K40 Dengan Cip Snapdragon 888 Akan Ditawarkan Pada Harga Bermula Sekitar RM1873

Seperti yang diketahui, Redmi merupakan sebuah sub-jenama di bawah Xiaomi. Terbaru, Redmi mengesahkan peranti andalan Redmi K40 akan dilancarkan pada bulan hadapan untuk pasaran China.



Menurut Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing, peranti ini akan hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888 serta kapasiti bateri melebihi 4,000mAh . Menariknya, beliau turut mendedahkan peranti ini akan ditawarkan pada harga bermula 2999 yuan iaitu sekitar RM1873.

Antara lainnya, Redmi K40 dijangka akan dimuatkan dengan skrin AMOLED. Buat masa ini, Redmi masih belum mendedahkan rekaan peranti. Sudah tentu, lebih banyak mengenainya akan diumumkan menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Sumber: Weibo