Ini adalah berikutan dari imej poster yang dimuatnaik oleh Xiaomi China ke laman Weibo. Dengan kemunculan peranti ini, ia dikatakan akan menjadi peranti Snapdragon 865 paling murah di pasaran.
Imej poster tersebut walau bagaimanapun tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai spesifikasi peranti. Selain itu, pihak Xiaomi juga turut berkongsi imej poster peranti berkenaan.
Melalui imej yang dikongsikan, peranti akan menggunakan kaca melengkung pada bahagian belakang. Di bahagian atas juga turut terlihat bicu audio 3.5mm, modul kamera swafoto terangkat dan satu lagi mungkin pemancar IR.
Bahagian kamera belakang pula terdapat modul kamera berbentuk bulat dengan 4 lensa di dalamnya. Ini jauh berbeza dengan Redmi K30 5G yang mempunyai rekaan kamera yang disusun secara menegak. Untuk lensa utama, ia akan menggunakan IMX696 iaitu sensor 64MP.
Akan terdapat 2 varian Redmi K30 Pro 5G, satu model asas, dan satu lagi Zoom Edition. Pada Zoom Edition, ia akan dimuatkan dengan OIS pada lensa utama dan juga lensa telefoto.
Bahagian hadapan walau bagaimanapun masih belum didedahkan secara rasmi oleh syarikat tersebut. Ia berkemungkinan bersaiz 6.67 inci panel OLED yang juga memuatkan pengimbas cap jari di dalamnya.
Lain-lain spesifikasi ura-ura adalah:
- Storan UFS 3.0
- 4,700mAh
- Pengecasan pantas 33W
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Android 11 Versi Beta Pula Akan Hadir Mei Ini
- Dengan Jualan Sebanyak 103 Juta Unit, Switch Jadi Konsol Paling Laris Nintendo Dalam Sejarah
- Oppo Reno Ace Dilancarkan - 65W Pengecasan Pantas, Snapdragon 855+, Skrin 90hz
- Apple iPad Pro (2020) Dilancarkan: Apa Yang Terbaru Dan Menarik?
- Apple Tak Banyak Telefon 5G, Tapi Masih Pegang Majoriti Jualan Telefon 5G
- Sony Malaysia Buka Pra-Tempahan Kedua Untuk PlayStation 5 Pada 8 Januari
- Xiaomi Mi Band 5 Akan Dilancarkan Pada 11 Jun Ini
- Margaret Keenan, 90 Tahun, Manusia Pertama Terima Vaksin Pfizer Covid-19 Di UK
- Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Peroleh Skor Kamera Tertinggi Dalam DxOMark
- TM Senyap-Senyap Kurangkan Kelajuan Muat Naik Pelan 500Mbps Unifi