Baru-baru ini menerusi perkongsian di Weibo, Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing telah memberi sedikit petunjuk mengenai generasi seterusnya dalam siri tersebut.
Walaupun tidak menyatakan secara terperinci, dipenghujung perkongsian itu jelas menggambarkan Redmi K30 bakal hadir seawal Disember tahun ini sementara versi Pro dengan sokongan 5G pada tahun hadapan.
Buat masa sekarang, spesifikasi yang telah disahkan hanyalah skrin dengan punch hole yang menempatkan dua lensa kamera pada bucu bahagian kanan paparan.
Dalam perkembangan lain pula, satu imej telah tersebar mendakwa model yang dirakam itu adalah rupa bentuk sebenar Redmi K30.
Butang kuasa serta pelaras kelantangan bunyi kelihatan berada disisi kanan dengan peranti kelihatan sedikit tebal, mungkin kerana penggunaan sarung pelindung.
Paparannya juga luas bersama bezel nipis diatas dan bawah, namun ia tidak dapat disahkan sama ada ia adalah Redmi K30 seperti yang digembar-gemburkan.
Sumber: Weibo, ITHome
Berkaitan
- Naib Presiden Xiaomi Perlihatkan Ciri Kalis Percikan Air Redmi K20 Pro
- Xiaomi Sudah Jual 110 Juta Unit Redmi Di Seluruh Dunia
- Redmi Note 8 Pro Dengan Snapdragon 730, Ada Atau Tidak? Ini Jawapannya
- Pixel, Redmi K20 Dan Essential Phone Sudah Mula Terima Android 10
- Redmi Note 7 Bakal Membuat Kemunculan Rasmi 19 Mac Ini
- Khas Buat Pengguna Redmi Note 3 Dan Redmi Note 4, Tetapan Kamera Untuk Hasil Gambar Yang Terbaik
- Redmi 5A Dijual Pada Harga RM339 Untuk Tempoh 2 Jam
- Xiaomi Redmi 5A Dijual Pada Harga RM339, Promosi Berlangsung Hari Ini Sahaja
- Keluarga Redmi Note 9 Boleh Dibeli Pada Harga Promosi Pada Lazada 7.7 Ini
- Redmi Go Akan Mula Dijual 13 April Ini Pada Harga RM299