Redmi K30 Bakal Hadir Dengan Rekaan Kamera Berbentuk Bulat

Pada Disember ini, Xiaomi dijangka akan melancarkan sebuah lagi peranti terbarunya iaitu Redmi K30. Ia merupakan peranti pertama keluaran Redmi yang menyokong teknologi 5G.



Dari segi reka bentuk, ia dilihat mempunyai reka bentuk yang menarik dengan rekaan “punch hole camera” seperti Samsung Galaxy S10 Plus dan ia akan membuatkan peranti ini mempunyai bingkai yang nipis. Maklumat terbaru yang diperolehi mengatakan bahawa Redmi K30 Pro bakal hadir dengan rekaan kamera berbentuk bulat seperti Huawei Mate 30 pro dan One Plus 7T.



Rekaan kamera tersebut memperlihatkan peranti terbaru redmi ini mempunyai 4 lensa pada kamera belakang. Ia juga hadir dengan lensa 64MP dan dijangka ia akan menghasilkan imej yang berkualiti terutamanya pada waktu gelap dengan pengenalan “super night mode”.

Redmi K30 dijangka bakal hadir dengan dua versi iaitu versi 4G yang dijana oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon dan versi 5G yang dijana oleh cip pemprosesan Mediatek SoC.

Sumber : GizChina