Redmi K30 Bakal Hadir Dengan “Dual Frequency GPS”

Setelah berjaya mengeluarkan beberapa model peranti yang unggul pada tahun ini, sub syarikat Xiaomi iaitu Redmi dilihat mengambil langkah kanan dengan bakal melancarkan peranti terbarunya Redmi K30 tidak lama lagi.

Terbaru, tular sebuah video dari sebuah laman teknologi dari China menunjukkan rekaan bagi model Redmi K30 tersebut.

https://youtu.be/4octoGdyLgw

Jika dilihat dalam video tersebut, peranti yang dikatakan Redmi K30 berkenaan akan hadir dengan MIUI 11 tersedia di dalam peranti.

Selain itu, turut tersebar beberapa keping gambar dalam laman sosial Weibo bahawa Redmi K30 juga bakal hadir dengan sokongan 5G, GPS dwi frekuensi, “ultra linear speaker”, bicu audio 3.5mm dan port pengecasan USB-C.





Redmi K30 Pro dijangka bakal hadir dengan cip pemprosesan Snadragon 765g SoC dan menyokong liputan 5G. Ia juga bakal hadir dengan paparan 6.67inci “punch hole display” dan bateri berkapasiti 4,500mAh. Dari segi kamera pula ia dijangka hadir dengan kamera utama 64MP Sony IMX686 dan ia merupakan peranti pertama yang bakal menggunakkan lensa tersebut. Pelancaran peranti ini dikatakan bakal berlangsung esok, 10 Disember 2019.

Sumber : gsmarena