Redmi K30 4G Dijangka Hadir Dengan Paparan LCD

Setelah berjaya dalam penjualan siri Redmi K20 dan K20 Pro pada awal tahun ini, Redmi dilihat mampu memberi saingan sengit bukan sahaja kepada Xiaomi, malahan kepada jenama-jenama besar yang lain.



Baru-baru ini telah tersebar secara meluas mengenai sebuah peranti baru yang bakal dilancarkan Redmi tidak lama lagi iaitu Redmi K30 dan Redmi K30 Pro. Ia merupakan penyambung generasi kepada Redmi K20 dan K20 Pro dan kali ini ia hadir dengan variasi yang mempunyai teknologi 5G. Jika dilihat, telah tular di media sosial mengenai spesifikasi peranti terbaru Redmi itu, antaranya mempunyai 120Hz “screen refresh rate” dan hadir dengan sistem pengecasan pantas 27W.



Terdapat sumber baru dari sebuah laman teknologi China yang mendedahkan mengenai butiran spesifikasi bagi Redmi K30 versi 4G. Apa yang paling mendapat tumpuan ialah ia bakal hadir dengan paparan skrin LCD dan dilihat  ia merupakan “downgrade” berbanding Redmi K20 yang menggunakkan paparan jenis OLED.

Menurut sumber yang sama, Redmi K30 4G juga bakal hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh dan hadir dengan 4 kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera telefoto 8MP, 13MP kamera ultra-lebar dan kamera “depth” 2MP. Ia juga bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 730 beserta 6GB RAM.

Redmi K30 dijangka bakal dilancarkan pada 10 Disember ini pada harga $284.

Sumber : Gsmarena