Redmi K20 Pro Mendapat Skor 102 Mata Dalam Ujian Kamera Dxomark

Akhirnya, berita gembira buat para pengguna Redmi K20 Pro apabila Dxomark telah mengeluarkan markah kesuluruhan bagi prestasi peranti itu. Redmi K20 Pro amat terkenal pada tahun 2019 dan dianggap sebagai "flagship killer" kerana mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan peranti mercu yang lain dan dari segi kamera pula, Redmi K20 Pro menggunakkan jenis lensa yang sama dengan peranti mercu seperti One Plus 7 Pro iaitu IMX 586.



Dxomark telah memberi 102 bagi markah keseluruhan kamera Redmi K20 Pro dan ini menunjukkan peranti ini mempunyai jumlah markah yang sama dengan Google Pixel 3 dan juga Xiaomi Mi Mix 3. Ia juga mengatasi Iphone XR dan Google Pixel 3A yang hanya mendapat skor sebanyak 101 dan 100 mata.



Antara kelebihan yang terdapat pada kamera Redmi K20 Pro menurut Dxomark ialah:

Dari segi kamera,

  • Mempunyai exposure yang baik.

  • Pembahagian subjek yang memuaskan pada gambar Bokeh.

  • Mempunyai gambar yang kurang noise pada keadaan gelap dan waktu malam.

  • Mengawal distortion pada kamera ultra lebar dengan baik.


Dari segi video,

  • Menghasilkan warna yang baik pada keadaan cerah.

  • Menghasilkan video yang kurang noise pada semua keadaan.

  • Mempunyai sistem auto fokus yang cemerlang.


Namun, terdapat juga kekurangan kamera pada peranti ini menurut Dxomark:

Dari segi kamera.

  • Dynamic range yang kurang memuaskan.

  • Mempunyai isu colour shading dalam semua keadaan.

  • Mempunyai masalah teksture pada gambar ketika melakukan zoom.

  • Mempunyai noise pada subjek dan latar belakang pada gambar bokeh.


Dari segi video,

  • Dynamic range yang kurang memuaskan.

  • Mempunyai masalah white balanced pada video indoor.

  • Detail yang kurang memuaskan pada kesemua keadaan.

  • Mempunyai masalah Jello Effect.

  • Fokus yang tidak stabil pada video indoor.


Ternyata, dengan pengumuman markah tersebut dari Dxomark, Redmi K20 Pro dilihat berada jauh di belakang Xiaomi Mi 9 yang mendapat skor sebanyak 110 mata. Namun, bagi markah kamera sudut ultra lebar, Redmi K20 Pro berjaya mengatasi Xiaomi Mi 9 dengan mendapat skor sebanyak 33 mata.

Sumber: dxomark