Redmi Juga Mahukan Telefon Bersaiz 'Mini', Tetapi Tidak Mahu Korbankan Kapasiti Bateri

Buat masa ini, agak sukar jika pengguna mahu mendapatkan telefon pintar bersaiz kecil kerana rata-rata pengeluar sering menghasilkan telefon bersaiz besar.

Xiaomi adalah antara salah satu pengeluar yang sering hadir dengan telefon pintar besar. Namun kini, setelah pelancaran iPhone 12 mini yang bersaiz kecil, Xiaomi juga mahu menghasilkan telefon dengan saiz lebih kurang sama melalui jenama Redmi.

Akan tetapi, untuk menghasilkan telefon pintar dengan saiz kecil itu, satu perkara utama terpaksa dikorbankan iaitu jangka hayat telefon ataupun kapasiti bateri.



Ini dilihat dengan telefon kecil seperti iPhone SE 2020, iPhone 12 mini, serta Google Pixel 4a yang mempunyai saiz kapasiti bateri yang kecil.

Telefon-telefon seperti ini terpaksa bergantung dengan pengoptimasian perisian dan juga cip yang cekap tenaga untuk mendapatkan jangka hayat yang lebih memuaskan.

Ini adalah antara dilema kebanyakan pengeluar telefon Android yang kurang menghasilkan telefon pintar bersaiz kecil disebabkan kapasiti bateri yang kecil.

Adakah anda mahu mengorbankan jangka hayat bateri semata-mata mahu dapatkan saiz telefon yang lebih kecil?

Dari: Weibo