Redmi Go Diumumkan Dengan Spesifikasi Permulaan Pada Harga Bajet

Setelah memperkenalkan Redmi Note 7, sub-jenama dari Xiaomi itu memperkenalkan pula Redmi Go, sebuah peranti dengan spesifikasi permulaan.

Redmi Go tampil dengan skrin paparan 5 inci HD bersama-sama resolusi 720p. Menguasakan peranti ini dari dalam adalah cip pemprosesan Snapdragon 425, RAM 1GB, storan dalaman 8GB dengan sokongan memori tambahan melalui kad MikroSD sehingga 128GB.



Sistem kamera peranti ini menggunakan lensa 8MP (f/2.0) sementara bahagian hadapan diletakkan dengan sensor kamera 5MP (f/2.2).



Daya kuasa pula disalurkan melalui port pengecasan Mikro USB untuk menjana bateri 3000mAh. Bakal menjalankan Android Ore 8.1 Go Edition, Redmi Go dinilaikan pada harga €80 untuk pasaran Eropah, iaitu sekitar ~RM430 mengikut tukaran matawang asing semasa.

Model ini dikhabarkan akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber foto utama: Pplware