Redmi Dots - Sama Seperti Xiaomi AirDots Tetapi Pada Harga Yang Lebih Rendah

Xiaomi pertama kali memperkenalkan fon telinga tanpa wayar, Xiaomi AirDots pada November tahun lalu.

Kini, sub-jenama mereka, Redmi turut mengambil langkah sama dengan melancarkan Redmi Dots. Dari segi spesifikasi, kedua-duanya adalah sama tetapi berlainan jenama dan paling menarik, ia ditawarkan pada harga yang lebih murah.



Fon telinga ini tampil dengan sokongan Bluetooth 5.0, bateri 40mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 4 jam dan dipanjangkan sehingga 12jam melaui bekas simpanan yang mempunyai bateri 300mAh.



Isian penuh Redmi Dots memerlukan masa 1 jam setengah sementara bekas simpanan itu pula sekitar 2 jam.



Redmi Dots hanya mempunyai satu warna sahaja iaitu hitam dan dijual pada harga 99 yuan iaitu sekitar ~RM 60 berdasarkan tukaran matawang asing semasa.