Redmi Buds 3 - Bentuk Macam AirPods Tapi Harga Mesra Poket

Redmi Buds 3 merupakan TWS daripada Xiaomi. Jika bercerita tentang Xiaomi, kita pasti tahu bahawa harga yang ditawarkan adalah mampu milik.

Dengan harga yang ditawarkan, adakah Redmi Buds 3 ini sesuai untuk dimiliki?

Spesifikasi



  • Cipset: Qualcomm QCC3040

  • Sambungan: Bluetooth 5.2

  • Bateri: 5 jam, (20 jam untuk sekali kotak penyimpanan)

  • Pengecasan: 10 minit pengecasan untuk 90 minit penggunaan

  • Fungsi: Pengesanan dalam telinga

  • Ciri: kalis air IP54


Rekaan


Binaan Redmi Buds 3 ini adalah seakan-akan Apple Airpods. TWS ini adalah jenis in ear dengan tangkai panjang seperti berus gigi.



Kapsyen: Perbandingan Redmi Buds 3 dan Apple Airpods


Pada kotak penyimpanan pula terdapat satu lampu LED dan satu butang yang berfungsi sebagai butang reset Bluetooth. Untuk lampu LED pula, ia akan menyala setiap kali kotak simpanan ini dibuka. Juga ia akan menyala ketika sedang dicas dan akan tertutup jika sudah penuh. Bahagian bawah terdapat satu lubang pengecasan jenis USB-C.




Pengalaman Guna


Untuk pengalaman guna, Redmi Buds 3 ini selesa untuk digunakan walaupun untuk jangka masa yang lama. Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak suka dengan rekaan plastik, tetapi ia berbalik kepada diri masing-masing.

Kualiti saya boleh katakan biasa-biasa sahaja sesuai dengan harganya. Saya sarankan untuk anda dengar lagu dengan kelantangan sederhana kerana audio akan menjadi bingit jika kelantangan terlalu tinggi.



Bagi anda yang menggunakan telefon pintar dari Xiaomi dengan antara muka MIUI, anda akan dipaparkan dengan pop-up window apabila kotak simpan TWS ini dibuka.  Selain itu, anda juga boleh memantau hayat bateri pada pop-up window tersebut.

Rumusan


Secara keseluruhan, saya boleh simpulkan bahawa Redmi Buds 3 adalah TWS dengan harga mampu milik yang sesuai untuk dimiliki dengan harga RM139. Bagi mereka yang minat dengan rekaan dan ciri seakan-akan Apple Airpods.