Redmi Bekerjsama Dengan Marvel Bagi Filem Avengers: Endgame

Sepanjang minggu yang lalu, media sosial anda mungkin dihujani dengan penawaran dan berita melibatkan sub-jenama Xiaomi, Redmi.

Berita kali ini pula, syarikat telefon pintar itu bakal mengadakan kerjasama dengan Marvel Studios bersempena dengan filem aksi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Avengers: Endgame.



Pengumuman yang dibuat pada laman Weibo itu menyatakan Redmi sebagai rakan kongsi eksklusif mudah alih yang akan mempromosikan filem berkenaan.

Terdapat juga spekulasi menggambarkan Redmi mungkin hadir dengan model telefon pintar edisi khas bertemakan Avengers seperti yang dilakukan oleh OnePlus menerusi model OnePlus 6.

Namun ia hanyalah khabar angin sahaja dan untuk itu, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai jalinan kerjasama dua syarikat ini.



Sumber: Igyaan