Redmi Bakal Lancarkan Telefon Gaming Pertama Mereka Yang Dikuasakan Cip Dimensity 1200

Redmi yang sebelum ini sering dikaitkan dengan telefon mampu milik, kini mereka akan beralih kepada segmen baharu di mana Redmi akan melancarkan telefon gaming pertama mereka yang dikuasakan cip MediaTek baharu - Dimensity 1200.



Menurut digitalchatstation, telefon gaming daripada Redmi ini juga adalah telefon yang memfokuskan permainan e-sukan.



Tambahan lagi, pengurus besar Redmi turut mengesahkan bahawa telefon ini akan menggunakan cip pemproses baharu tersebut.



Selain itu, beliau turut menyatakan ia akan ditawarkan dengan harga mampu milik. Mungkinkah ia akan menjadi pesaing Black Shark dan Asus ROG Phone?

Telefon gaming ini dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang diperlukan para gamer seperti kadar penyegaran yang tinggi, bateri yang besar dan beberapa butang tambahan.

Dalam pada itu, Redmi juga akan melancarkan telefon andalan mereka - Redmi K40 dalam masa terdekat ini.

Sumber: gizmochina