Redmi Airdots 2 Diperkenalkan Dengan Bluetooth 5.0, Harga Masih Lagi Berpatutan

Redmi Airdots merupakan antara fon telinga popular yang digunakan di Malaysia berikutan pengalaman mendengar tanpa wayar dalam pakej yang berpatutan. Kini sudah tiba masa untuk pengganti baharu yang diberi nama Redmi Airdots 2.

Fon telinga ini baru sahaja dilancarkan di China dan menawarkan sedikit naik taraf berbanding model lama. Jika anda menginginkan AirDots 2 dengan reka bentuk baharu, sedikit kecewa kerana ia masih lagi menggunakan reka bentuk lama yang sama.

Redmi AirDots 2 TWS earphones announced in China for 79 yuan ($11 ...

Naik taraf paling besar adalah datangnya dalam bentuk sambungan. Pada AirDots 2, ia kini menyokong Bluetooth 5.0 berbanding hanya 4.2 sahaja pada AirDots. Ia sudah tentu membawakan sambungan yang lebih pantas dan stabil.

Selain itu, ia turut hadir dengan pemacu audio bersaiz 7.2mm namun Xiaomi mendakwa ia lebih berkualiti berbanding AirDots sebelumnya.

Untuk bateri, ia menawarkan main balik audio selama 4 jam dan boleh dipanjangkan ke 12 jam jika dimasukkan ke dalam pod pengecasannya.



Buat masa ini, Xiaomi sedang mengumpul dana untuk fon telinga ini dengan harga 79 Yuan (~RM48). Seusai dana dikumpul, ia akan dijual secara rasmi pada harga 99 Yuan (~RM60).

Sumber: IThome