Xiaomi Redmi 9 Rasmi Diumumkan, Helio G80 Dengan Bateri 5,020mAh Sekitar RM721

Baru-baru ini kita sedia melihat spesifikasi lengkap berkenaan dengan peranti bajet dari Xiaomi iaitu Redmi 9. Kini kedatangan ahli baru dalam keluarga besar Redmi itu sudah rasmi dengan pengumuman untuk pasaran dihari ini.

redmi 9Pra-tempah peranti tersebut akan dimulakan pada minggu hadapan dimana variasi RAM 3GB/32GB dijual pada harga promosi €139 iaitu sekitar RM~672, mengikut tukaran mata wang semasa. Sebuah lagi variasi iaitu RAM 4GB/64GB pula diletakkan pada harga €169 (~RM818).


Harga jualan sebenar pula adalah €149 dan €179 (~RM720 - ~RM866). Sekiranya ia dibawa masuk ke Malaysia, kita boleh menjangkakan harga yang lebih rendah sedikit lanjutan daripada cukai dan lain-lain. Andai kata ia akan dijual pada pasaran tempatan, adakah anda berminat untuk memiliki peranti bajet ini?

Untuk spesifikasi lengkap peranti, boleh baca pautan ini - Ini Merupakan Spesifikasi Penuh Redmi 9 – Rekaan Redmi K30 Dan Gunakan Cip Helio G80

Beli Redmi Note 9S di



Lazada: https://invol.co/clorw2



Shopee: https://invol.co/clorw0


Beli Redmi 8 di –
Lazada: https://invol.co/clorqv
Shopee: https://invol.co/clorqu