Redmi 9, Harga Rendah Tapi Prestasi Gaming Puas Hati

Pada bulan Jun yang lalu, Redmi Malaysia telah selamat melancarkan siri Redmi 9. Harga yang ditawarkan amatlah murah dan sering menjadi bualan hangat sebagai peranti yang berprestasi tinggi.



Redmi 9 dikuasakan dengan cip pemprosesan daripada MediaTek Helio G80. Kami sendiri telah menguji prestasi gaming di peranti ini. Hasilnya amat mengejutkan kami.

Untuk pengetahuan anda, peranti ini mempunyai applikasi Game Booster, berfungsi untuk mengoptimasikan prestasi sewaktu bermain permainan video.

redmi 9

Prestasi Gaming


Untuk ujian permainan mudah alih kali ini, kami "mendera" peranti ini dengan bermain PUBG Mobile. Pada pendapat kami, jika permainan yang menyokong grafik tinggi dapat dimainkan dengan lancar, semstinya permainan lain dapat memberi prestasi yang lancar juga.

redmi 9

Untuk tetapan grafik secara default peranti ini disetkan seperti berikut :



Bagi kami, hasil grafik yang ditetapkan ini kurang memuaskan. Hal ini mungkin kerana peranti cuba untuk mengoptimasikan prestasi. Apa yang kami boleh katakan, pengalaman menggunakan tetapan ini adalah buruk kerana lag.

Sebagai alternatif lain, kami cuba turunkan kadar grafiknya seperti berikut :

redmi 9

Dengan tetapan graifk yang ini, kami dapat bermain permainan ini dengan lebih lancar tanpa lag. Tapi malangnya mungkin anda tidak akan suka dengan hasil grafiknya yang begitu rendah.

Antara fungsi lain yang kami cuba adalah gyroscope. Fungsi ini boleh diaktifkan tetapi kami sarankan anda untuk tidak menggunakanya. Ini kerana pengalaman kami bermain permainan ini menggunakan fungsi ini adalah seperti tidak mengaktifkannya.



Dengan erti kata lain, peranti ini tidak menyokong secara penuh fungsi gyro.

Prestasi Bateri


Redmi 9 dijanakan dengan bateri bersaiz 5020 mAh. Bateri sebesar ini sudah tentu mampu memberikan pengalaman bermain permainan mudah alih dengan lebih lama.



Sepanjang 7 jam tanpa henti gaming, kami mendapati frame rate akan menurun buat beberapa kali. Tapi ini hanyalah sekejap sahaja dan tidak menggangu prestasi bermain permainan video. Bateri Redmi 9 akan menurun sebanyak 32% untuk dua jam gaming tanpa henti.



Untuk masa pengecasan bateri sebesar ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit dengan bantuan pengecasan pantaas 18W. Tapi malangnya di dalam kotak jualan tidak tersedia blok pengecasan 18W. Jadi anda perlu membeli secara berasingan untuk merasa pengecasan pantas.

Kesimpulan


Secara keseluruhannya, peranti ini mampu memberi prestasi yang tinggi bagi kelasnya. Apa yang kami boleh katakan, Redmi 9 sesuai untuk digunakan untuk bermain permainan mudah alih yang setting grafiknya tidak terlalu berat. Seperti Mobile Legends dan COD Mobile.



Akan tetapi jika anda bermain permainan mudah alih terlalu lama, panel belakang akan terasa sedikit suam dan frame rate akan menurun seketika.



Akhir kata, dengan bateri yang besar dan prestasi gaming mantap, Redmi 9 adalah  juara di kelasnya.

Jika anda berminat untuk membeli Redmi 9, ia dijual pada tanda harga bermula dari RM 499.