Redmi 7A Berharga RM459 Boleh Mula Dibeli Dari Xiaomi Official Store Global

Sebagai memberi kemudahan kepada pengguna tempatan melakukan pembelian produk dari mereka dari China, Mi Malaysia telah memperkenalkan Xiaomi Official Store Global. Ia memberi peluang peminat tanah air untuk mendapatkan produk dengan lebih selamat dan yakin.

Kini salah satu penawaran yang bakal dibuat adalah pengenalan telefon pintar Xiaomi Redmi 7A yang disenaraikan pada harga RM459 dengan jualannya akan bermula tepat jam 12 malam, 7 Julai 2019.



Redmi 7A merupakan sebuah peranti bajet yang didatangkan dengan spesifikasi seperti skrin paparan 5.45 inci beresolusi HD, Snapdragon 439, RAM 2GB, memori simpanan 32GB serta bateri bersama kapasiti 4000mAh dengan keupayaan pengecasan pantas.

Bagi rakaman gambar pula, fungsi tersebut digalas oleh kamera belakang 13MP sementara bahagian hadapan menggunakan lensa 5MP.

Untuk makluman, pembelian produk dari Xiaomi Official Store Global akan dilindungi dengan jaminan Mi Malaysia. Ini bermaksud sekiranya peranti anda bermasalah anda boleh merujuknya kepada pusat khidmat pelanggan Xiaomi dalam negara.