Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Untuk Pasaran Tempatan

Xiaomi Malaysia harini mengumumkan penjualan peranti Redmi 5 dan Redmi 5 Plus mereka di Mi Store Lazada.



Xiaomi menjadikan skrin paparan bernisbah 18:9 sebagai tema utama untuk kedua-dua versi peranti Redmi 5 mereka ditambah dengan cip pemprosesan Qualcomm kelas pertengahan dan permulaan.

Redmi 5

Peranti kelas permulaan ini menampilkan skrin paparan 5.7" inci dengan resolusi 1440 x 720. Cip Qualcomm Snapdragon 450 digunakan sebagai pemacu peranti digandingkan bersama-sama cip grafik Adreno 506. Ruang memori RAM adalah sebesar 2GB manakala ruang ROM pula adalah 16GB. Peranti ini juga menyokong kad memori microSD sehingga 128GB.

Kamera utama menggunakan kamera 12MP sementara kamera hadapan menggunakan kamera 5MP. Pengimbas cap jari disertakan sekali dan kedudukannya berada di bahagian belakang peranti. Xiaomi menyertakan bateri berkapasiti 3,300 mAh untuk Redmi 5.



Redmi 5 Plus

Untuk versi yang lebih besar pula, Redmi 5 Plus membawakan skrin paparan 5.99" inci bersama-sama resolusi 2160 x 1080. Peranti ini menggunakan cip Qualcomm pertengahan iaitu Snapdragon 625 bersama-sama cip grafik Adreno 506. Ruang memori yang ditawarkan pula adalah berbentuk 4GB RAM dan 64 GB untuk ROM. Kad microSD juga disokong untuk peranti ini sehingga 128GB.

Selain daripada bateri berkapasiti 4,000 mAh, perkakasan lain adalah sama seperti apa yang ditawarkan untuk Redmi 5.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman Facebook rasmi Mi Malaysia dan untuk membeli peranti Redmi 5/Plus, bolehlah pergi ke laman Mi Store di Lazada.