Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Kini Rasmi - Peranti Bajet Dengan Skrin 18:9

Beberapa hari yang lepas Xiaomi ada berkongsi imej sebenar Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dan kini kedua-duanya telah dilancarkan secara rasmi.

Kedua-dua peranti ini dilihat sebagai penambahan dalam segmen bajet dan menariknya ia ditawarkan dengan nisbah paparan 18:9 yang kian popular.

Walaupun sama nisbah paparan, Redmi 5 mempunyai skrin yang lebih kecil sedikit dengan 5.7 inci paparan definisi tinggi. Bagi versi Plus pula ia menghadirkan ukuran 5.99 inci beserta paparan definisi tinggi penuh.

Lain-lain spesifikasi adalah seperti berikut...

Redmi 5



  • Snapdragon 450

  • RAM 2GB/ 3GB

  • Storan dalaman 16GB/ 32GB

  • bateri 3300mAh

  • Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5MP

  • Harga berbeza mengikut variasi RAM dan Storan - CNY 799 (~RM 494) dan CNY 899 (~RM556)


Redmi 5 Plus



  • Snapdragon 625

  • RAM 3GB/ 4GB

  • Storan dalaman 32GB/ 64GB

  • bateri 4000mAh

  • Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5MP

  • Harga berbeza mengikut variasi RAM dan Storan - CNY 999 (~RM 618 ) dan CNY 1299 (~RM803)


Penjualan model-model ini akan bermula 12 Disember di China dan desas-desus mengatakan ia akan hadir ke pasaran negara tidak lama lagi.