Jika anda mengikuti perkembangan versi Android, semestinya anda tahu bahawa Google menggunakan nama makanan manis untuk setiap versi yang diperkenalkan.

Sehinggalah pada versi Android tahun lepas di mana ia hanya digelar Android 10 sahaja. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya dengan nama Android 9 Pie, Android 8 Oreo atau Android 7 Nougat.

Untuk Android 11 yang sekarang ini, Google kekal tidak menggunakan nama makanan bermula dari huruf “R”. Namun, jurutera perisian ada menggelarkan versi Android ini dengan nama “Red Velvet Cake”.

Kek Red Velvet

 

IKLAN

 

Naib presiden Android, Dave Burke mendedahkan nama tersebut ketika audio siar (podcast) bersama Android Authority.

Menurutnya keputusan untuk tidak menggunakan nama tersebut adalah disebabkan alasan pemasaran.

Bagi Google sendiri, penamaan tanpa makanan ini adalah untuk memperlihatkan kematangan sistem perisian Android sendiri.

Sebagai perbandingan, iOS pada Apple tidak menggunakan apa-apa nama ‘pelik’ dan hanya menyertakan nombor versi sahaja.

Sumber: Dave Burke