Red Magic Oleh Nubia Untuk Peranti Permainan

Telefon pintar memfokuskan tentang permainan (gaming) merupakan sesuatu yang baru dan tidak semua pengeluar peranti mempunyai perancangan untuk mengeluarkan peranti berkonsepkan permainan.



Razer melalui Razer Phone menjadi organisasi pertama yang memasarkan peranti yang direka khusus untuk permainan. Kemudian Xiaomi cuba menarik peminat permainan telefon pintar dengan kerjasama Black Shark cuba menghasilkan peranti permainan pertama merka.



Kali ini Nubia yang berada di bawah ZTE dikatakan akan memperkenalkan jenama Red Magic yang akan memfokuskan terhadap pasaran peranti permainan. Konsep peranti tersebut diperkenalkan di MWC 2018, menampilkan rekaan bahan binaan seperti karbon nano.





Red Magic ditubuhkan bagi memenuhi kehendak pengguna yang mahukan pengalaman bermain yang hebat di dalam telefon pintar mereka. Mereka juga mahu memastikan yang pasaran peranti permainan ini berada pada tahap yang kompetitif dari segi produk dan harga.