Red Dead Redemption 2 Ambil Masa Selama 60 Jam Untuk Menghabiskan Misi Utama

Rockstar Games akan melancarkan satu permainan Red Dead Redemption 2(RDD2) pada hujung bulan ini. Permainan video berasaskan dunia cowboy ini dijangka akan menjadi antara calon GOTY(Game of The Year) untuk tahun ini.

RDD 2 sebelum ini didakwa mempunyai kawasan atau peta permainan terbesar dalam dunia permainan video untuk diterokai.  Permainan jenis open world ini bukan sahaja mempunyai peta permainan yang besar, malah ia juga mempunyai tempoh permainan yang sangat panjang.

Menurut laporan terbaru, permainan video ini memerlukan pemain untuk mengorbankan 60 jam daripada masa mereka bagi menyelesaikan misi utama permainan. Tambahan pula, ia tidak termasuk misi sampingan(side quests) lagi.

Kapsyen: Kredit : Rockstar


Sebelum ini, RDD 2 dikatakan mempunyai tempoh permainan selama 65 jam namun selepas suntingan saat akhir dilakukan, 5 jam daripadanya telah dibuang.

Menurut sumber lagi, beberapa orang pekerja telah dengan rela hati bekerja lebih 100 jam seminggu beberapa kali sepanjang tempoh pembangunan permainan ini.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober ini bagi konsol Xbox One dan PlayStation 4. Rockstar juga akan menangguhkan mod atas talian bagi permainan ini, dipercayai untuk memberi masa pemain menfokuskan kepada menyelesaikan misi utama terlebih dahulu.

https://youtu.be/Dw_oH5oiUSE

 

Sumber : Comicbook   PCGamer