Rebut Peluang Percuma Bil Telefon 1 Tahun Dengan Pembelian Peranti Vivo

Penggunaan data internet pada masa kini amat penting bagi orang ramai kerana ia merupakan satu keperluan untuk berkomunikasi secara jarak jauh. Dengan kehidupan yang serba moden, peningkatan dalam penggunaan bil telefon juga turut meningkat.

Selain itu, masyarakat sekarang bijak menggunakan perkhidmatan tanpa tunai dalam pembayaran serta pembelian. Perkhidmatan tanpa tunai kini boleh digunakan dengan e-dompet Touch n Go menggunakan telefon pintar masing-masing.

vivo

Pengguna yang baru menggunakan e-dompet Touch n Go berpeluang untuk menjadi salah seorang dari lima orang pemenang untuk memenangi penggunaan bil telefon secara percuma selama setahun bernilai RM 1,800. Penawaran ini akan berakhir pada 30 April 2020 serta turut kerjasama antara vivo Malaysia dan syarikat Touch n Go.

Pelanggan yang layak menyertai adalah pelanggan yang membeli model telefon pintar yang terpilih dari vivo yang mempunyai aplikasi Touch n Go. Seterusnya, pelanggan perlu mengaktifkan dan mendaftar aplikasi tersebut di telefon pintar baru mereka dalam tempoh peraduan.

Pelanggan yang ingin mendapatkan telefon pintar dari vivo boleh dapati di platform Lazada dan Shopee.