Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rebat Tunai Sebanyak RM 400 Ditawarkan Kepada Setiap Belian Samsung Galaxy Note 9

Posted on Oktober 5, 2018

Samsung Galaxy Note 9 yang layak digelar sebagai raja Android buat masa ini telah dilancarkan kira-kira dua bulan yang lepas. Semasa dilancarkan, model Samsung ini dipasarkan pada harga RM 3,699(128GB) serta RM 4,599(512GB).

Namun, sekarang ini, Samsung Malaysia sedang menawarkan rebat tunai sebanyak RM 400 untuk setiap belian telefon Galaxy Note 9. Rebat ini menandakan bahawa kedua-dua variasi akan dijual pada harga RM 400 lebih rendah.

Harga baru bagi Galaxy Note 9 128GB ialah RM 3,299 manakala untuk variasi 512GB pula, harga yang ditawarkan ialah RM 4,199. Promosi ini ditawarkan di pengedar-pengedar yang Samsung yang sah sahaja dan pengedar atas talian DirectD.

Promosi istimewa ini akan berlangsung sehingga 28 Oktober ini. Jadi, bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan Samsung Galaxy Note 9 anda sekarang.

 

Sumber : Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress