Rebat 20% Untuk Pembayaran Tol Melalui Touch 'N Go e-Wallet

Menambah baik aplikasi e-dompet sedia ada, Touch 'N Go sudah menyertakan ciri Pay Direct. Melaluinya, pembayaran tol akan ditolak dari amaun baki pada aplikasi e-dompet sekiranya baki pada kad fizikal tidak mencukupi.

Oleh kerana masih lagi dalam fasa projek rintis, ia hanya boleh digunakan pada beberapa plaza tol terpilih seperti DUKE, LKSA dan terowong SMART.

Sebagai langkah menarik lebih ramai lagi pengguna, Touch 'N Go kini memberikan rebat 20%. Ditawarkan sebanyak 10 kali setiap pengguna, ia akan berjalan dari tempoh 21 Februari sehingga 30 Jun 2019.



Amaun pembayaran maksimum untuk rebat ditetapkan pada nilai RM3, membawa maksud anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM0.60 untuk setiap pembayaran di tiga lebuhraya yang disebutkan diatas.



Bagi anda yang kerap menggunakan tiga lebuhraya diatas, boleh memanfaatkan promosi rebat ini untuk lebih penjimatan.