realmeow Diperkenalkan Sebagai Maskot Rasmi realme

realme kini mengumumkan maskot rasmi, realmeow sebagai Chief Trensetting Officer. Sebagai maskot pertama yang direka oleh pengeluar teknologi, realmeow merupakan gabungan antara reka bentuk teknologi tinggi dan trend.

 

Maskot ini direka dengan kerjasama oleh Mark A.Walsh, yang merupakan pengarah animasi terkenal dunia dan sebagai Perunding Kreatif bagi realme Design Studio.



Dengan warna kuning sebagai warna utama, ia dimuatkan bersama sepasang Laser Glasses. Bagi menjadikan maskot ini lebih popular dalam kalangan Gen-Z, kucing dijadikan sebagai sampel model. Maskot ini diberikan identiti dengan nama realmeow, berusia 18 tahun, lelaki, dan berasal dari planet M58-2018828-S.

realmeow maskot realme

Penghasilan maskot ini merupakan usaha realme untuk meneroka trend terbaru dan berkongsi informasi terkini kepada pengguna melalui realmeow.

Dalam pada itu, realme turut menyatakan akan melancarkan telefon pintar dan produk AIoT yang berasaskan realmeow.