Kedatangan Realme XT sudahpun diuar-uarkan sejak beberapa bulan lepas dan saat ini ia rasmi hadir dengan pelbagai kelengkapan yang mampu menarik perhatian pengguna. Keluaran terbaru ini bakal dikuasakan oleh Snapdragon 712 beserta gandingan memori RAM 4GB/6GB/8GB bersama storan dalaman berasaskan UFS 2.1 berkapasiti 64GB/128GB. Ruang simpanan juga boleh ditambah lagi menerusi sokongan kad MikroSD.
Bertugas di panel hadapan adalah skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.4 inci dengan resolusi 2340 x 1080p dan disebaliknya terdapat sensor imbasan cap jari. Beralih ke bahagian belakang, empat lensa disusun menegak pada sudut atas kiri, terdiri dari lensa utama 64MP (Samsung GWI) yang menggunakan kaedah 4-in-1 pixel binning untuk menghasilkan imej 16MP dengan setiap satu pixel bersaiz 1.6μm. Baki tiga lagi lensa merupakan kamera ultra lebar 119 darjah, 2MP untuk bantuan bokeh serta 2MP kamera makro. Lensa 16MP pula bertanggungjawab merakam bahagian hadapan Realme XT.
Turut melengkapkan peranti adalah sistem penyejukan dengan lapisan gel terma, aluminium yang mampu mengalirkan terma tinggi serta kepingan grafit. Melaluinya, suhu peranti boleh diturunkan 14% ketika sedang dalam permainan mudah alih.
Dari segi janaan kuasa, Realme diberikan keupayaan mengecas 20W (VOOC 3.0 Flash Charge) yang akan disalurkan kepada bateri berkapasiti 4000mAh dan dikatakan ia mampu dicas penuh hanya dalam tempoh 80minit.
Bakal menjalankan sistem operasi ColorOS 6 berasaskan Android Pie 9, Realme menyatakan naik taraf kepada sistem Android 10 bermula suku pertama tahun hadapan.
Peranti ini akan dijual bermula 16 September depan di India dengan harga INR15,999 (~RM937), INR16,999 (~RM996) dan INR18,999 (~RM1113).
Berkaitan
- Realme XT Dilancarkan Di Malaysia, Harga Jualan RM1399
- Realme Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dengan Harga Yang Cukup Berpatutan
- realme C12 Rasmi Diumumkan, Helio G35 Dan Bateri 6000mAh
- Realme C2 Ditawarkan Dengan Harga RM349 Pada 5 Ogos Ini
- realme Jadi Pengeluar Paling Pantas Capai 100 Juta Jualan Telefon Secara Global
- Realme 2 Pro Terjual Sebanyak 2500 Unit Dalam Masa 3 Jam Di Shopee 11.11 Big Sale
- realme C17 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM899
- Ada 5 Lagi Telefon Pintar 5G Daripada realme Untuk Tahun 2020
- Peranti 4 Kamera Dengan Lensa 64MP Dari Realme Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Realme X2 Pro Akan Dilengkapi Super VOOC 50W, Cas Penuh Dalam Masa 31 Minit