realme X50 Pro, Peranti Flagship 5G Dengan Snapdragon 865 Dan Pengecasan 65W

Memperkenalkan peranti flagship dengan sambungan 5G dari realme iaitu realme X50 Pro, yang baru sahaja dilancarkan di Sepanyol hari ini.



Seperti yang sedia maklum, realme sudahpun memperkenalkan peranti 5G menerusi realme X50. Namun agak mengejutkan ramai apabila model tersebut hanya menggunapakai cip kelas pertengahan Snapdragon 765G.

Untuk realme X50 Pro ini, ia mempertaruhkan cip berkuasa terbaru Snapdragon 865. Dijalankan dengan sistem Android 10 dan antaramuka realme UI yang baru.

Ia hadir dengan pilihan 8GB dan 12GB RAM LPDDR5 dengan storan jenis UFS 3.0 128GB dan 256GB bersama ciri dipanggil TurboWrite dan Host Performance Booster yang membenarkan writting speed pada 760 MB/s dan reading speed 1900MB/s.



Antara yang menarik kali ini adalah pengecasan berdesup laju, 65W SuperDart. Menurut mereka, peranti ini mampu mengisi penuh bateri berkapasiti 4,200mAh pada hanya 35 minit.

Mereka turut menggunakan kepala pengecasan jenis GaN yang lebih kecil dan efisyen dari apa yang dibawakan oleh VOOC 2.0 dari syarikat abang mereka, OPPO.



Peranti ini dilengkapi dengan tetapan 4 kamera dibelakang dengan yang utama 64MP f/1.8 (sensor Samsung ISOCELL GW1). Seperti yang telah diketahui, sensor Samsung ini menggunakan 4-1 pixel binning yang secara default mengambil gambar 16MP.

Turut disertai dengan kamera ultra lebar 8MP f/2.3 pada sudut 119 darjah FoV dan kamera telefoto 12MP f/2.5 (5X zoom optikal). Modul 4 kamera ini turut disertai dengan kamera monokrom untuk penggunaan bokeh seperti yang digunakan oleh Huawei sebelum ini. Dihadapan pula memperlihatkan dwi-kamera swafoto 32MP f/2.5 dan 8MP f/2.2 ultra lebar.



Antara ciri baru yang disebut-sebut adalah Nightscape 3.0 yang dilengkapi dengan fungsi digelar "Tripod Mode". Mod ini dapat mengambil long exposure sehingga 50 saat menggunakan tripod.

Ia turut hadir dengan "Ultra Nightscape Mode" yang dapat meningkatkan sensitiviti kamea dalam mengambil gambar yang lebih cerah dalam keadaan gelap gempita.



Untuk video pula ia boleh merekod rakaman 4K pada 30fps dengan penstabilan EIS dan juga rakaman video bokeh seperti yang ditonjolkan oleh peranti Samsung.

Berlainan dengan model X50 sebelum ini, X50 Pro dibina dengan skrin 6.44 inci AMOLED. Namun, agak menyedihkan apabila skrinnya hanya pada 90Hz, tidak mengekalkan skrin LCD 120Hz seperti model X50 sebelum ini. Ia turut menggunakan sistem pengimbasan dalam skrin.



Setakat ini realme Malaysia langsung tidak memberi apa-apa maklumat berkenaan kemasukkan peranti ini ke pasaran tempatan. Malah model X50 5G sebelum ini masih menjadi tanda tanya. Mungkin pasaran 5G di Malaysia bukan lagi strategi utama mereka.

Di pasaran eropah ia akan dijual pada 599 euro untuk model 8GB+128GB sehingga 749 euro (~RM2,738) untuk model 12GB+256GB (~RM3,423).

 

 

 

Berkaitan