Realme X50 Pro 5G Disahkan Akan Guna Skrin 90Hz Super AMOLED

realme X50 Pro 5G akan dilancarkan pada minggu hadapan di Madrid, Sepanyol. Jadi syarikat itu mula mendedahkan sedikit demi sedikit maklumat dan spesifikasi peranti tersebut. Hari ini di laman Weibo, pihak realme telah memuatnaik sebuah poster acah realme X50 Pro 5G.



Imej itu telah dimuatnaik oleh naib presiden realme iaitu Xu Qi Chase yang mendedahkan bahawa peranti itu akan gunakan paparan Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz.

Poster itu walau bagaimanapun tidak memberitahu spesifikasi peranti yang lain. Namun sebelum ini. kita telah pun didedahkan mengenai maklumat seperti pengecasan pantas 65W SuperDart yang merupakan peningkatan kepada teknologi 50W Super VooC sebelum ini pada realme X2 Pro.

Sumber: Weibo