realme X50 Pro 5G Dengan Cip Snapdragon 865 Akan Dilancarkan 24 Februari Di MWC 2020

Baru-baru ini, realme telah mengumumkan akan melancarkan peranti flagship di MWC Barcelona. Hari ini, syarikat tersebut telah mengesahkan peranti flagship yang akan dilancarkan pada acara yang berlangsung 24 Februari ini adalah realme X50 Pro 5G.



Ketua Pegawai Pemasaran realme iaitu Xu Qi turut mengesahkan realme X50 Pro 5G dengan nombor model RMX 2071 akan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 865 dengan 12GB RAM dan sehingga 256GB UFS 3.0 Storan. Ia juga akan dilengkapi dengan cip Snapdragon X55 untuk sambungan rangkaian 5G.

Selain itu, telefon pintar ini akan menjalankan sistem operasi Android 10 dengan antaramuka realme UI. realme X50 Pro 5G baru-baru ini dilihat di AnTuTu Benchmark dengan skor 574,985.

Berdasarkan maklumat yang didedahkan, ia mempunyai paparan skrin Full HD+ dengan resolusi 2400 x 1080 piksel dan nisbah skrin 20:9 serta kadar penyegaran 120Hz. Tiada maklumat mengenai kapasiti bateri, namun ia dijangka akan didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 50W.

Pelancaran Realme X50 Pro 5G di MWC akhir bulan ini dijadualkan 24 Februari pada pukul 10 pagi mengikut waktu CEST.

Sumber: GizmoChina