realme X50 Pro 5G Akan Dilancar Di Malaysia Pada 6 Julai Ini

realme telah memperkenalkan peranti flagship dengan sambungan 5G iaitu realme X50 Pro 5G di Sepanyol pada Februari lalu. Kini, pelancaran peranti itu dalam pasaran Malaysia telah diumumkan akan berlangsung pada 6 Julai ini.

realme x50 pro 5g

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, X50 Pro 5G dijana cip pemprosesan Snapdragon 865 yang menyokong sambungan 5G. Ia turut dilengkapi dengan pengecasan pantas 65W SuperDart serta paparan skrin Super AMOLED 90Hz.

Untuk lebih lanjut mengenai realme X50 Pro 5G, nantikan acara pelancaran yang akan diadakan pada jam 11 pagi, 6 Julai melalui akaun Facebook realme Malaysia.

Beli barangan realme dari:
Lazada (https://invol.co/clpu27)