Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme X3 SuperZoom Dilancarkan – Cip Snapdragon 855+ Dengan 120Hz, Zum Sehingga 60x

Posted on Mei 26, 2020

Siri realme X3 merupakan kesinambungan kepada siri X2 tahun lepas. Sebagai pengenalan, realme memulakan siri ini dengan pelancaran realme X3 SuperZoom yang merupakan peranti dengan pemfokusan kamera.

Menariknya peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 855+ untuk mengekalkan harga dalam lingkungan mampu milik.

Mengenai kameranya, ia hadir dengan lensa periskop 8MP yang mampu zum optikal sehingga 5x. Lensa ini juga boleh zum sehingga 60x menggunakan kaedah digital. Lensa utamanya adalah 64MP bersama-sama sudut lebar 8MP dan makro 2MP.

Realme X3 SuperZoom lands in Europe with 120Hz screen, 60X Super ...

Paparan hadapan adalah berukuran 6.57 inci Full HD LCD dengan kadar segar semula 120Hz. Terdapat juga takuk memuatkan dua lensa 32MP utama dan 8MP sudut lebar.

Realme X3 SuperZoom with 6.6-inch FHD+ 120Hz display, Snapdragon ...

RAM yang dibekalkan adalah 12GB manakala storan dalaman pula sebesar 256GB UFS 3.0 dengan kad microSD. Bateri peranti adalah berkapasiti 4,200mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 30W.

Di Eropah, peranti dijual berharga 499 euro (~RM2,389). Untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui lagi harganya namun pihak realme sudah sedia memaklumkan model ini akan hadir dalam minggu ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress