Realme X2 Pro Sah Akan Dilengkapi Snapdragon 855+, Lensa 64MP Dan Paparan 90Hz

Realme sebelum ini sedia menawarkan peranti-peranti yang menarik pemnbeli pada pasaran pertengahan dan permulaan. Bagi penawaran seterusnya, mereka mula mengorak langkah mahu menembusi pasaran flagship melalui Realme X2 Pro yang hangat diperkatakan ketika ini.

Masih belum diperkenalkan secara rasmi, hari ini laman web rasmi RealmeĀ  di Eropah mula menyiarkan sedikit spesifikasi yang bakal dibawa peranti tersebut.

Cip pemprosesan Snapdragon 855 Plus dipilih untuk menggalas tanggungjawab menguasakan peranti dari dalam tetapi tidak menyatakan sebarang konfigurasi memori. Selain itu, bahagian kamera pula akan menampilkan tetapan 4 kamera yang terdiri daripada 64MP, lensa ultra lebar 115 darjah, lensa telefoto serta lensa potret. Diperlihatkan juga adalah kemampuan kamera yang mampu memberikan 20x zoom hybrid.



Laman rasmi itu turut sama mengesahkan kehadiran skrin paparan dengan kadar penyegaran 90Hz dan berkemungkinan besar ia akan dilengkapi dengan sensor imbasan cap jari pada paparan. Lain-lain perincian mengenai peranti masih lagi menjadi tanda tanya tetapi ura-ura ada menyebut ia akan diiringi dengan pengecasan pantas VOOC 4.0 30W.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti flagship keluaran Realme ini, kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

Sumber: Realme