realme Watch S Pro Rasmi Di Malaysia, Berharga RM599

realme Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan jam pintar dengan model lebih premium iaitu realme Watch S Pro untuk pasaran tempatan.



Seperti namanya, Watch S Pro dilengkapi skrin berukuran 1.39-inci AMOLED dengan kerangka tahan karat bersama resolusi 454 x 454 serta kecerahan 450 nits. Ia juga mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass.

Terdapat 15 jenis mod sukan dan penarafan kalis air 5ATM yang dimuatkan pada jam pintar ini.



Dengan bateri berkapasiti 420mAh, ia mempunyai ketahanan sehingga 14 hari dengan pengecasan penuh selama 2 jam. Terdapat ciri kesihatan yang ditawarkan termasuk pemantauan degupan jantung, SpO2, penjejakan aktiviti dan sebagainya.

Antara lainnya adalah sokongan kawalan kamera, GPS dan pelbagai lagi.

harga realme Watch S Pro

Untuk pasaran tempatan, realme Watch S Pro diletakkan pada harga RM599. Jualan pertama secara luar talian di realme Brand Store dan semua pengedar sah akan bermula pada 30 & 31 Januari 2021.

Sementara itu, jualan dalam talian pula hanya akan bermula pada 4 Februari 2021 melalui Lazada dan Shopee.