realme Watch S Bakal Dilancarkan 2 November Ini

realme telah melancarkan realme Watch beberapa bulan yang lalu dan mengumumkan Watch S Pro bakal tiba pada suku keempat tahun 2020.

Berdasarkan sumber dari twitter realme Pakistan, mereka telah mengesahkan bahawa realme Watch S akan dilancarkan 2 November 2020 ini.

https://twitter.com/pakistan_realme/status/1319534020523417602?s=20

Ciapan yang dibuat itu juga menunjukkan beberapa paparan muka jam dan tali jam yang ditawarkan pada realme Watch S.

Ia hadir dengan ciri kecerahan automatik serta paparan boleh sentuh 1.3 inci. Rekaannya berbentuk bulat dan jangka hayat bateri sehingga 15 hari.

Turut dilengkapi 16 mod sukan dan mempunyai sensor bagi tujuan pemantauan degupan jantung serta kandungan oksigen dalam darah.

Tiada lagi spesifikasi penuh dan harga jualan bagi jam pintar ini. Sama-sama kita nantikan apabila ia dilancarkan nanti pada 2 November.

Sumber: realme