realme Watch, Percubaan realme Untuk Hasilkan Jam Tangan Pintar Pertama

Realme Malaysia hari ini secara rasmi telah mengumumkan barisan peranti AIoT untuk pasaran tempatan. Berikutan itu, saya berkesempatan untuk menggunakan realme Watch, yang merupakan salah satu daripada barisan peranti tersebut.

Di bawah ini merupakan pandangan awal saya mengenai realme Watch setelah menggunakannya selama beberapa hari.
Rekaan



Rekaan realme Watch hadir berbentuk petak dan ini secara tidak langsung mengingatkan kita kepada jam pintar keluaran Apple.



Tidak dapat dipastikan bahan binaannya, tetapi ia dilihat tidak sepadan dengan harga yang ditawarkan. Butang kuasa yang juga berfungsi sebagai butang menu berada pada sisi kanan paparan. Apabila ditekan, kualitinya seperti kurang kemas dengan kedengaran bunyi bising dari dalam.



Didatangkan dengan paparan skrin sentuh TFT bersaiz 1.4 inci, jam tangan pintar ini mempunyai bezel yang tidak sekata untuk pandangan mata. Bezel bawahnya lebih besar disertakan dengan logo pengeluar yang tidak kelihatan pada mata kasar kecuali dipancarkan cahaya padanya.
Bateri



Menurut realme, jam tangan pintar ini mempunyai kapasiti bateri 160mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 7 ke 9 hari. Jika mengaktifkan Power Saving Mode, jangka hayat jam tangan pintar ini mampu mencapai sehingga 20 hari penggunaan. Melengkapkan jam tangan pintar ini adalah pengecasan magnetik.
Prestasi

Sambungan realme Watch ke telefon pintar perlu dibuat melalui aplikasi realme Link dengan mengaktifkan Bluetooth terlebih dahulu.



Dengan penggunaan skrin TFT, paparan skrin utama bagi jam tangan pintar ini kelihatan kusam dan tidak mempunyai pilihan yang pelbagai. Terdapat 12 tema skrin utama yang ada pada aplikasi realme Link. Bagaimanapun, hanya 6 daripadanya yang boleh ditetapkan pada realme Watch.

Notifikasi yang diterima melalui jam tangan pintar ini tidak dipaparkan sepenuhnya. Jika teks itu agak panjang, anda masih memerlukan telefon pintar untuk membaca mesej yang diterima itu.



Seperti kebanyakan jam tangan pintar, realme Watch hanya mempunyai pengiktirafan pensijilan IP68. Tiada masalah untuk membasuh tangan tanpa menanggalkannya. Namun begitu, untuk aktiviti seperti berenang boleh dielakkan kerana ia tidak disertakan dengan ciri 5 ATM. Butang untuk merakam foto dari telefon pintar serta kawalan pemain muzik juga berfungsi dengan baik.



Selain itu, ciri SpO2 yang terdapat pada jam tangan pintar ini membolehkan pengesanan tahap ketepuan oksigen dalam darah. Jam tangan pintar ini menyediakan 14 mod sukan seperti berlari, berjalan dan lain-lain. Untuk ulasan lebih lanjut boleh nantikan ulasan kami di YouTube kelak.
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kami berpendapat realme Watch hanyalah seperti penjejak kecergasan yang datang dengan paparan besar dan mempunyai ciri sentuhan. Bezel bawah yang lebih besar membuatkan ia kelihatan agak ketinggalan, lebih-lebih lagi kita dizaman yang hampir semuanya mahukan paparan dengan bezel nipis.

Binaannya ringan dan sesuai untuk penggunaan panjang, tapi tiada unsur kukuh dan premium. Dengan binaan seperti ini, ia boleh diibaratkan sebagaiĀ  berada pada tahap biasa untuk sebuah jam tangan pintar. Ketiadaan sokongan ketahanan 5 ATM dan pengesanan untuk aktiviti berenang juga dilihat sebagai kekurangan untuk peranti ini.

Selain itu, aplikasi realme Link hanya terhad ditawarkan pada peranti Android sahaja, tiada untuk iOS. Ia juga dilihat sekadar melengkapkan barisan produk sedia ada.

realme Watch akan mula dijual pada 12 Jun dan harga rasmi adalah RM299 dengan pilihan warna hitam sahaja.

Beli barangan realme dari:

Beli realme Watch: https://invol.co/cloxwo

Beli realme 10,000mAh Power Bank 2: https://invol.co/cloxwx

Beli realme Band: https://invol.co/cloxwt

Beli realme Buds Air Neo: https://invol.co/cloxx0