realme V5 Diperkenal Secara Rasmi - Dimensity 720, 90Hz, 48MP Kuad Kamera

realme hari ini secara rasmi telah melancarkan telefon pintar pertama dalam barisan siri V iaitu realme V5 dalam pasaran China.



realme V5 dilengkapi dengan paparan 6.5 inci dengan panel LCD. Hadir dengan resolusi FHD+, ia turut menyokong kadar segar semula 90Hz.

realme v5 dilancar

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, realme V5 hadir dengan janaan cip pemproses MediaTek Dimensity 720 dengan sambungan 5G. Dari segi memori, ia dimuatkan dengan konfigurasi 6GB+128GB dan 8GB+128GB. Untuk penambahan storan, peranti ini turut menyokong kad mikroSD sehingga 256GB.

Menjalankan antaramuka realmeUI yang berasaskan Android 10, realme V5 mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.



Peranti ini menggunakan tetapan kuad kamera yang terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP B&W dan 2MP makro. Pada bahagian hadapan peranti hadir dengan paparan berlubang yang memuatkan kamera swafoto 16MP.

realme v5 dilancar

realme V5 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Silver, Green dan Blue. Harga realme V5 ditetapkan berbeza mengikut konfigurasi memori iaitu 1499 yuan (~RM909) bagi RAM 6GB/128GB dan 1899 yuan (~RM1151) bagi RAM 8GB/128GB.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China dan mungkin hadir dalam pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber: realme