Realme U1 - Telefon Helio P70 Pertama Dengan Kamera Swafoto Berkualiti Tinggi Dilancarkan Secara Rasmi

Seperti dijanjikan, Realme telah pun memperkenalkan peranti pertama dibawah siri-U mereka, Realme U1 di India, awal hari ini. Ia juga merupakan peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P70.

Menurut pihak Realme, dengan bantuan rekaan takuk kecil yang sama seperti Realme 2 Pro, panel skrin peranti ini merangkumi 90.8% daripada kesuluruhan tubuh peranti.

https://youtu.be/NIP8R-6r6t4

Panel skrin IPS LCD 6.3-inci pada Realme U1 ini turut dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3 untuk menghalang skrin dari mudah retak dan calar.

Realme kali ini membekalkan kamera swafoto berkualiti tinggi dengan lensa 25MP pada peranti keluarannya. Kamera utamanya pula dilengkapi oleh gabungan lensa 13MP dan 2MP.

Selain itu, keluaran terbaru Realme ini dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,500mAh. Namun ia masih lagi mengekalkan pengecasan menggunakan port mikroUSB serta cuma menyokong pengecasan standard 10W sahaja.

Kapsyen: Kredit: Realme


Peranti ini akan dijalankan menggunakan ColorOS 5.2 dari dalam kotak. Hadir dengan slogan kata "Proud To Be Young", jelas Realme mensasarkan golongan muda untuk memiliki peranti ini.

Realme U1 ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Ambitious Black, Brave Blue dan Fiery Gold. Harga yang dicadangkan pula ialah INR11,999(~RM713) untuk variasi 3GB/32GB dan INR14,999(~RM892) bagi model 4GB/64GB.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan tarikh ketibaan peranti ini ke pasaran tempatan. Untuk mengikuti dengan lebih lanjut mengenainya, anda boleh ikuti laman rasmi Realme Malaysia di Facebook.

 

Sumber: Realme