Realme-U Akan Jadi Model Pertama Yang Dikuasakan Oleh Sistem Cip Helio P70

Ketika ramai yang sibuk dengan cip premium seperti Qualcomm Snapdragon, HiSilicon Kirin dan Samsung Exynos, MediaTek Helio juga sebenarnya bakal memperkenalkan sistem cip terbaru mereka tidak lama lagi.

MediaTek Helio P70 akan diperkenalkan bersama satu lagi siri baru di bawah jemama Realme, iaitu siri-U. Walaubagaimanapun, Realme masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi peranti berkenaan.

https://twitter.com/realmemobiles/status/1063288048983494656

Walaupun sering dipandang sebagai cip berprestasi sederhana, peranti dengan MediaTek Helio P60 yang pernah kami gunakan sebelum ini jelas tidak mengecewakan. Boleh dikatakan ia mampu berada satu tahap yang sama dengan cip kelas pertengahan lain yang lebih popular.

Atas sebab itu, siri Realme-U terbaru ini menjadi satu peranti yang menarik untuk dicuba nanti.