Realme Telah Capai 865% Pertumbuhan Tahun-Ke-Tahun Di Malaysia

Jenama realme telah lama memasuki pasaran telefon pintar di Malaysia kira-kira dua tahun yang lalu. Perkembangan terbaru mengenainya, mereka telah mencapai pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 865% dari tahun 2018 sehingga 2019.

realme

Bukan itu sahaja, realme Malaysia juga telah mencapai 7.5% dalam bahagian pasaran pada pasaran telefon pintar Android. Ia juga dikatakan sebagai jenama yang telah mencapai pertumbuhan terpantas telefon pintar di dunia pada tahun 2019.

Jenama realme juga menjadi jenama telefon pintar yang berkembang pesat di seluruh dunia dengan memasuki senarai 7 teratas pada pasaran global tahun 2019.

realme

"Di Malaysia, kami sentiasa memajukan sempadan dan memecahkan rekod baru dengan semangat 'Dare to Leap' kami. Kami tidak akan dapat mencapai keputusan sedemikian tanpa sokongan daripada pasukan, peminat serta industri kami...

...Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas semangat dan cintanya kepada realme dan akan meneruskan semangat 'Dare to Leap' untuk terus berinovasi dan membawa produk yang lebih menarik untuk peminat kami di Malaysia,'' kata Encik Hunter Wang, CEO realme Malaysia.