realme Sahkan realme GT Akan Ditawarkan Pada Harga Bawah RM2000

Dalam laporan sebelum ini, realme telah pun mengesahkan realme GT dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888 akan dilancarkan pada 4 Mac nanti. realme juga telah berkongsi rekaan realme GT buat pertama kali termasuk bagi versi edisi khas dengan warna seumpama Bumblebee.

Kini, realme mengesahkan realme GT akan ditawarkan pada harga bawah 2999 yuan (~RM1877). Perkara ini didedahkan melalui kiriman yang dimuat naik oleh Naib Presiden realme iaitu Xu Qi Chase di laman Weibo.

harga realme GT

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan realme GT tidak akan ditawarkan dengan versi janaan cip Snapdragon 870 serta memori 6GB/128GB.

Antara spesifikasi realme GT yang sudah pun disahkan termasuk dilengkapi skrin AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, pilihan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 serta storan yang berasaskan UFS 3.1.

Menjelang pelancaran yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi, dapat dijangkakan lebih banyak maklumat mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Weibo