realme Rekod Hasil Jualan Memberansangkan Ketika Kempen Lazada Salam Mubarak

realme merupakan antara jenama yang pesat berkembang dan digunakan oleh rakyat Malaysia. Baru-baru ini, mereka mencatat rekod baru ketika kempen jualan peranti pintar Lazada Salam Mubarak 12 Mei lalu.

Sehubungan dengan itu, realme telah menjadi jenama penjualan peranti pintar nombor 1 dari segi pendapatan dan juga unit jualan. Disebabkan jualan yang memberangsangkan dalam masa 2 jam, realme juga menjadi jenama paling pantas menjual peranti pintar berbanding jenama-jenama lain.

Selain itu, siri realme 6 juga menjadi siri paling banyak jualan berbanding siri-siri sebelum ini. 3 model dalam siri tersebut, realme 6i, realme 6, dan realme 6 Pro menjadi taruhan terbaharu realme sebagai model peranti pintar terkini mereka.