realme Rekod Dua Pencapaian Baru Sempena Jualan Istimewa Lazada 4.4

Menerusi Jualan Istimewa Lazada 4.4 baru-baru ini, realme menerima dua pencapaian baru. realme telah merekodkan sebagai 'No.1 Best-Selling Smartphone Brand' dari segi pendapatan dan bagi unit produk yang terjual, realme telah menerima 'No.1 Top-Selling Smartphone'.



Kedua-dua pencapaian ini telah direkodkan dalam masa 24 jam sepanjang Jualan Istimewa Lazada 4.4 berlangsung, dengan realme 6 (4+128GB) menjadi penyumbang terbesar. Ini kerana, realme 6 hanya dijual dengan harga RM799 berbanding harga asal RM999.

Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, jualan e-dagang dijangka akan terus meningkat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang menjadikan majoriti rakyat Malaysia kekal berada di rumah dan memilih untuk membeli-belah secara dalam talian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi terkini realme, layari Facebook realme Malaysia.