realme Rekod 4 Pencapaian Baru Pada Hari Pertama Jualan realme 6i

Pada 23 April lalu, realme telah mengadakan jualan realme 6i (3GB +64GB) dengan harga RM599 berbanding harga asal RM699 melalui One Day Flash Sale.

Potongan harga RM100 telah diberikan kepada semua pembelian yang dilakukan pada 23 April 2020 sempena kempen Raya Bersama Shopee.

realme 6i

Melalui jualan tersebut, realme 6i telah merangkul tiga pencapaian, iaitu:

  • Jualan Terpantas dengan 1000 unit terjual dalam masa 40 minit

  • Jualan Terbaik No.1 Jenama Telefon Pintar

  • Jualan Tertinggi No.1 Model Telefon Pintar


Selain realme 6i, dua produk realme yang turut tersedia pada jualan itu termasuk realme Buds Air yang dijual pada harga promosi RM199 (RP: RM299) dan realme Buds 2 dengan warna baru iaitu Orange yang dijual pada harga RM49.

realme 6i

Menerusi jualan itu juga, realme Buds Air telah diiktiraf sebagai Jualan Tertinggi TWS pada 2020. Secara keseluruhan, empat pengiktirafan ini merupakan pencapaian terbaik realme bagi tahun 2020 buat masa ini.