realme "Race" Dengan Cip Snapdragon 888 Akan Dilancarkan Selepas Tahun Baru Cina

Tahun lalu, realme telah mengumumkan peranti dengan nama kod "Race" akan dilancarkan bersama janaan cip pemproses Snapdragon 888. Terkini, Timbalan Presiden realme, Xu Qi Chase menerusi Weibo mengesahkan realme "Race" akan dilancarkan selepas Tahun Baru Cina, iaitu seawal Februari atau Mac 2021.

pelancaran realme Race

Bagaimanapun, tiada tarikh spesifik bagi pelancaran peranti yang didedahkan buat masa ini.

Seperti diketahui, realme "Race" akan menjadi peranti andalan pertama dari realme yang akan hadir dengan janaan cip Snapdragon 888. Memandangkan ia hanyalah nama kod, belum diketahui peranti ini akan dikategorikan dalam siri mana.

Selain realme "Race", Xu Qi turut mengacah realme akan melancarkan sebuah lagi peranti andalan yang dikuasakan cip Dimensity 1200. Bagaimanapun, belum lagi didedahkan sebarang perincian mengenainya.

Sumber: Weibo