Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT Wide

realme Race Adalah realme GT, Telefon Pertama realme Dengan Cip Terpantas Qualcomm

Diterbitkan Februari 16, 2021 ยท Dikemas kini Februari 16, 2021 oleh Amsyar Latif

realme merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Sebelum ini, banyak ura-ura berkaitan telefon berkelas andalan daripada realme.

Pasti anda masih ingat akan sebuah telefon pintar realme dengan kod nama “Race” pada bulan lalu. Kini, mungkin segala persoalan sudah terjawab.

Berdasarkan Ketua Pegawai Pemasaran realme, beliau telah memuat naik status di laman Weibo yang mengatakan telefon andalan realme akan tiba tidak lama lagi.

realme gt weibo

Bersama-sama status tersebut, beliau juga menyelit sedikit gambar Nissan GTR dimana menguatkan spekulasi bahawa ia adalah realme GT.

Tambahan lagi, perkara ini lebih kuat apabila imej realme GT juga telah tertiris di TENAA sebelum ini.

realme gt 1
realme gt 2

Buat masa sekarang, kita tahu ia akan menggunakan cip terpantas Qualcomm iaitu Snapdragon 888 dan hadir dengan tiga tetapan kamera.

Malah, DigitalChatStation juga mengatakan ia mungkin dilengkapi paparan skrin rata, kerangka badan yang nipis dan pengecasan super pantas.

realme GT juga mungkin didatangkan kamera utama 64MP, 13MP telefoto dan 13MP ultra-lebar.

Sumber: weibo via gsmarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY