realme Narzo Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

realme Malaysia kini mengesahkan siri baharu realme Narzo akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Terdahulu, realme Narzo pertama kali diperkenalkan untuk pasaran India pada Mei yang lepas. Ketika itu, realme telah memperkenalkan Narzo 10 dan Narzo 10A. Bagi Narzo 10, ia merupakan penjenamaan semula dari realme 6i.

Baru-baru ini, siri realme Narzo 20 juga telah diperkenalkan untuk pasaran India. Bagi pasaran Malaysia, masih belum diketahui jika siri realme Narzo 20 atau model baharu yang akan diperkenalkan.

realme Narzo Malaysia

Buat masa ini, realme Malaysia belum lagi mendedahkan tarikh rasmi pelancaran peranti ini untuk pasaran tempatan. Namun, ia dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sumber: realme Malaysia