Realme Menawarkan Pengurangan Harga Bagi Beberapa Model Di Lazada Pada 12 Julai Ini

Berita baik buat semua, terutamanya kepada yang bercadang ingin membeli telefon pintar dengan harga yang berpatutan pada bulan ini.  Pada 12 Julai ini, Realme dan Lazada akan bekerjasama untuk menawarkan potongan harga bagi beberapa buah model telefon pintar keluaran syarikat  itu.

Realme C1 adalah salah satu daripada peranti yang mendapat pengurangan harga dan ia dinobatkan sebagai telefon pintar terlaris di Lazada. Realmi C1 dilihat mendapat pengurangan harga RM 50 pada 12 Julai ini dengan harga asal RM449 turun ke RM399.  Mulai sekarang hingga 11 Julai ini, para pengguna boleh membuat pra-tempahan bagi peranti ini dengan membayar deposit terlebih dahulu sebanyak RM34.90 dan boleh mendapatkan peranti ini dengan harga RM349, berbanding RM399 pada 12 Julai ini.

Manakala pembeli yang membeli realme 2 Pro (4 + 64GB) pada harga RM499 dari RM799, akan mendapat Lazada Plus Care secara percuma untuk waranti selama 1 tahun. Lazada Plus Care meliputi waranti bagi skrin retak, penggantian bahagian peranti dan masalah elektrik & mekanikal peranti.


*Tertakluk kepada terma dan syarat.


Lebih menarik lagi ialah pembeli akan menerima Speaker JBL apabila membeli Realme 3 (3 + 32GB), Realme 3 Pro (4 + 64GB) dan Realme 3 Pro (6 + 128GB). Akhir sekali, pembeli juga berpeluang memenangi baucer RM 20 ketika bermain LazGame di aplikasi Lazada.