Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Melancarkan Smart TV SLED 4K – TV Pertama Dengan Teknologi SLED

realme Melancarkan Smart TV SLED 4K – TV Pertama Dengan Teknologi SLED

Diterbitkan Oktober 7, 2020 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini realme telah mengacah TV pertama mereka yang bakal dilancarkan. Hari ini, realme telah memperkenalkan TV tersebut secara rasmi dinamakan realme Smart TV SLED 4K.

Bukan sahaja ia merupakan TV pertama dari jenama tersebut, tetapi TV pertama yang hadir dengan teknologi panel SLED.

Screenshot (86)

 

realme Smart TV SLED 4K merupakan TV 4K 55 inci dengan rekaan premium bezel nipis 9.5mm di sekeliling TV. Ia juga dibina berasaskan kerangka dan stand dari keluli.

Screenshot (85)
Screenshot (83)

Menggunakan teknologi SLED, ia sedikit berbeza kerana menggunakan panel berwarna RGB berbanding panel warna putih pada TV LED biasa. Ini menjadikan warna lebih tepat dan jitu berbanding TV LED biasa.

Screenshot (77)
Screenshot (79)

Selain itu, TV juga menyokong 4 pembesar suara sokongan Dolby Atmos untuk pengalaman audio lebih memuaskan dan juga Chroma Boost untuk imej lebih ceria.

Ia juga mempunyai Chromecast terbina, sokongan HDR, dan HDR10+. Alat kawalan yang disertakan juga mempunyai butang Netflix, YouTube, Amazon Prime Video, dan Google Assistant.

TV ini dikuasakan oleh cip 4 teras dari MediaTek dan menjalankan Android 9.0. Di India, realme Smart TV SLED 4K ini dijual pada harga Rs 42,999 (~RM2,439).

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY