Realme Mahu Ada Gedung Aplikasi Tersendiri, Alternatif Kepada Google PlayStore

Jenama yang semakin meningkat naik, Realme, mula memasuki pasaran Malaysia tahun lalu dengan pengenalan tiga buah model iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme C1.

Menawarkan peranti berspesifikasi baik pada harga berpatutan, ia kini dilihat sedang merancang untuk menyediakan gedung aplikasi tersendiri. Informasi ini boleh dilihat pada ruang soal jawab dilaman komuniti Realme.



Realme bukanlah pengeluar telefon pertama yang ingin menyediakan aplikasi gedung tersendiri dimana dua syarikat lain telahpun membangunkannya, OPPO (OPPO AppStore) dan Huawei (AppGallery).

Tiada pengumuman rasmi mengenai gedung aplikasi itu dan tidak dapat dipastikan bila ia akan diperkenalkan kepada pengguna.